Jumaat lepas adik aizim, alin selamat bernikah dgn sallehuddin dari perak biras aku ni..sabtu tu kenduri dia..noah suka betul la sbb ramai org lepas tu leka la berjalan2 kat kampung uwan
Tuesday, July 25, 2017
Maksu alin dah kahwin..alhamdulillah
Wednesday, July 19, 2017
Alpha Thalasemia Trait
Salam..hari ni noah checkup 1 tahun 3 bulan..alhamdulillah dpt balik awal (mohon dgn pengetua baru)
Alpha Thalasemia Trait
Tuesday, July 4, 2017
Noah Rifqi
Sekian lama xupdate blog..alhamdulillah aku dah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Rifqi yang lahir pada 22 April 2016 yang lalu. Sekarang noah dah pun pandai berjalan. Kali ni aku nak kongsi dan promote barang2 baby yg noah pakai. InsyaAllah nak jadi usahawan online yang berjaya plak secara sambilan.
Noah Rifqi
Friday, May 15, 2015
Twins Baby
Wednesday, April 22, 2015
IUI (Intrauterine Inseminasi)
Apakah IUI?
- Intrauterine inseminasi ialah proses membantu meningkatkan peluang kehamilan dimana melibatkan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari sperma yang kurang aktif. Sperma yang bergerak pantas akan dimasukkan terus ke dalam rahim isteri apabila berdekatan dengan tempoh ovulasi dimana telur akan dibebaskan tidak lama lagi. Peluang persenyawaan boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini.
- Langkah 1 (tanpa ubat)
- IUI dilakukan di antara hari ke-12 dan hari ke-16 kitaran haid anda dimana hari pertama merupakan hari pertama haid anda datang. Anda akan diberi ujian darah atau air kencing untuk mengenalpasti ovulasi anda.
- Kebanyakkan doktor akan menyediakan ovulasi kit peramal untuk mengesan lonjakkan hormon LH dimana ovulasi akan berlaku tidak lama lagi.
- Langkah 1 (dengan ubat)
- Jika anda menggunakan ubat kesuburan untuk merangsang ovulasi, kematangan telur anda akan ditinjau melalui ultrasound melalui faraj. Anda akan diberikan suntikan hormon untuk merangsang pembebasan telur apabila telur cukup matang.
- Langkah 2
- Sperma akan dimasukkan 12-48 jam kemudian selepas ovulasi ditentukan ataupun selepas penggunaan ubat kesuburan. Ada juga doktor yang memilih membuat 2 kali IUI dalam satukitaran haid dimana proses kedua akan dilakukan sekurang-kurangnya 12 jam selepas proses pertama.
- Doktor akan memasukkan spekulum (alat membuka dinding vagina) ke dalam faraj anda.Kateter kecil (tiub yang lembut dan fleksibel) kemudian diulir ke dalam rahim anda melalui serviks anda. Sperma kualiti yang terbaik yang telah dipilih akan masukkan melalui tiub. Sesetengah wanita akan rasa ketidakselesaan sepanjang proses ini.
UNTUK LELAKI
(a) Langkah 1
- Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma atau air mani pada hari rawatan tersebut. Sperma yang dihasilkan harus dihantar untuk pemilihan tidak lebih daripada 30 minit.
(b) Langkah 2
- Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di sekelilingnya. Sperma yang aktif dan kurang aktif akan dipisahkan. Proses pencucian dan pemilihan sperma mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sahaja sperma dipilih, IUI akan dilakukan.
(c) Langkah 3
- Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan di dalam kathetar kecil (tiub kecil) yang akan dimasukkan ke dalam rahim.
IUI (Intrauterine Inseminasi)
Bila nak ada baby??
Bila nak ada baby??
Monday, December 29, 2014
Chicky Maruko Chan (Si Kucing Siam)
Haha namer kucing baru family aku. Kucing ni dibeli oleh kakngah...so duk kat rumah family aku la..sangat comel...mix siamese baka dier...lincah giler...best plak aku pegi shopping barang2 kitten ni...sangkar,toys,beg jejalan dier. Apa2 pun Ebi tetap tak diabaikan. Ebi pun dapat makanan dan susu jugak...hehe
* Bentuk tubuh panjang, langsing dan berotot
* Tubuhnya yang langsing
* Kepala kecil dan berbentuk segitiga
* muncungnya mancung,
* Bermata biru
* Telinga yang lebar
* bulu pendek dan halus
* Ada warna kontras di ujung-ujung tubuh seperti kaki, telinga, mulut, ekor,hidung dan sekitar mata
Chicky Maruko Chan (Si Kucing Siam)
Ditaip
Qistina Filzah
at
8:37 PM
Labels: family, Kucing siam, minat






