AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Wednesday, April 22, 2015

IUI (Intrauterine Inseminasi)

Apakah IUI?


  • Intrauterine inseminasi ialah proses membantu meningkatkan peluang kehamilan dimana melibatkan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari sperma yang kurang aktif. Sperma yang bergerak pantas akan dimasukkan terus ke dalam rahim isteri apabila berdekatan dengan tempoh ovulasi dimana telur akan dibebaskan tidak lama lagi. Peluang persenyawaan  boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini.
  • Langkah 1 (tanpa ubat)
  • IUI dilakukan di antara hari ke-12 dan hari ke-16 kitaran haid anda dimana hari pertama merupakan hari pertama haid anda datang. Anda akan diberi ujian darah atau air kencing untuk mengenalpasti ovulasi anda.
  • Kebanyakkan doktor akan menyediakan ovulasi kit peramal untuk mengesan lonjakkan hormon LH dimana ovulasi akan berlaku tidak lama lagi.
  • Langkah 1 (dengan ubat)
  • Jika anda menggunakan ubat kesuburan untuk merangsang ovulasi, kematangan telur anda akan ditinjau melalui ultrasound melalui faraj. Anda akan diberikan suntikan hormon untuk merangsang pembebasan telur apabila telur cukup matang.
  • Langkah 2
  • Sperma akan dimasukkan 12-48 jam kemudian selepas ovulasi ditentukan ataupun selepas penggunaan ubat kesuburan. Ada juga doktor yang memilih membuat 2 kali IUI dalam satukitaran haid dimana proses kedua akan dilakukan sekurang-kurangnya 12 jam selepas proses pertama.
    • Doktor akan memasukkan spekulum (alat membuka dinding vagina) ke dalam faraj anda.Kateter kecil (tiub yang lembut dan fleksibel) kemudian diulir ke dalam rahim anda melalui serviks anda. Sperma kualiti yang terbaik yang telah dipilih akan masukkan melalui tiub. Sesetengah wanita akan rasa ketidakselesaan sepanjang proses ini.
  • UNTUK LELAKI

    (a) Langkah 1
    • Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma atau air mani pada hari rawatan tersebut. Sperma yang dihasilkan harus dihantar untuk pemilihan tidak lebih daripada 30 minit.
    (b) Langkah 2
    • Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di sekelilingnya. Sperma yang aktif dan kurang aktif akan dipisahkan. Proses pencucian dan pemilihan sperma  mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sahaja sperma dipilih, IUI akan dilakukan.
    (c) Langkah 3
    • Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan di dalam kathetar kecil (tiub kecil) yang akan dimasukkan ke dalam rahim.


     
    sperma pemilihan & pencucian IUI




Share/Bookmark
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...