Jumaat lepas aku potong rambut noah..potong bahagian depan je hehe..dah daddy dia asyik busy je..bila dah potong ramai plak yang komplen buruk..lantak la ye tak..janji noah happy je
Tuesday, August 22, 2017
Fesyen rambut Noah terbaru
Pengasuh noah iaitu mak zuhairi (kawan daddy time kat usm) sangat baik dan sporting..tapi wan la yang selalu komplen rambut noah panjang mencucuk mata hehe...noah aku hantar kat rumah mak zuhairi ni..kat panchor..ada sorang cucu lagi dia jaga nama fahim..bambam comey fahim ni..selalu nak kawan noah tapi noah sombong plak
Tuesday, July 25, 2017
Maksu alin dah kahwin..alhamdulillah
Jumaat lepas adik aizim, alin selamat bernikah dgn sallehuddin dari perak biras aku ni..sabtu tu kenduri dia..noah suka betul la sbb ramai org lepas tu leka la berjalan2 kat kampung uwan
Noah yg rapat dgn maksu mcm blur2 jugak dgn kehadiran paksu dia..hehe
Isnin dah start sekolah semalam..penat kenduri masih terasa..
Alin & salleh
Family nenek@uwan pengasuh noah pun dtg
Noah dan ummi
Maksu alin dah kahwin..alhamdulillah
Wednesday, July 19, 2017
Alpha Thalasemia Trait
Salam..hari ni noah checkup 1 tahun 3 bulan..alhamdulillah dpt balik awal (mohon dgn pengetua baru)
Noah tahun lepas pernah demam 3 hari dan kena check darah..hb dia rendah time tu 8.5..sejak tu noah kena follow up checkup dgn pakar kat hospital tuanku jaafar seremban
Banyak kali darah noah kena ambik..sedih tgk dia nangis2 dlm bilik tu..noah mula2 dikira anemia
Dapat zat besi,multivitamin dan folic asid..checkup setahun aritu noah disuspek pembawa thalasemia plak(alpha thalasemia trait) sedih sgt dpt tahu masa tu..alhamdulillah cuma pembawa tapi aku tetap risau..doktor suruh aku dan suami plak check darah..alhamdulillah result da dpt terbukti aku normal..cuma tunggu suami aku punya plak..harap normal jgk dan membuktikan noah bukan la pembawa thalasemia..mungkin hanya kekurangan iron..iron deficiency anemia..itula harapan aku..mohon doakan untuk noah selalu sihat..membesar dgn sihat dan bijak..amin
Alpha Thalasemia Trait
Tuesday, July 4, 2017
Noah Rifqi
Sekian lama xupdate blog..alhamdulillah aku dah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Rifqi yang lahir pada 22 April 2016 yang lalu. Sekarang noah dah pun pandai berjalan. Kali ni aku nak kongsi dan promote barang2 baby yg noah pakai. InsyaAllah nak jadi usahawan online yang berjaya plak secara sambilan.
Noah Rifqi
Friday, May 15, 2015
Twins Baby
Wednesday, April 22, 2015
IUI (Intrauterine Inseminasi)
Apakah IUI?
- Intrauterine inseminasi ialah proses membantu meningkatkan peluang kehamilan dimana melibatkan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari sperma yang kurang aktif. Sperma yang bergerak pantas akan dimasukkan terus ke dalam rahim isteri apabila berdekatan dengan tempoh ovulasi dimana telur akan dibebaskan tidak lama lagi. Peluang persenyawaan boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini.
- Langkah 1 (tanpa ubat)
- IUI dilakukan di antara hari ke-12 dan hari ke-16 kitaran haid anda dimana hari pertama merupakan hari pertama haid anda datang. Anda akan diberi ujian darah atau air kencing untuk mengenalpasti ovulasi anda.
- Kebanyakkan doktor akan menyediakan ovulasi kit peramal untuk mengesan lonjakkan hormon LH dimana ovulasi akan berlaku tidak lama lagi.
- Langkah 1 (dengan ubat)
- Jika anda menggunakan ubat kesuburan untuk merangsang ovulasi, kematangan telur anda akan ditinjau melalui ultrasound melalui faraj. Anda akan diberikan suntikan hormon untuk merangsang pembebasan telur apabila telur cukup matang.
- Langkah 2
- Sperma akan dimasukkan 12-48 jam kemudian selepas ovulasi ditentukan ataupun selepas penggunaan ubat kesuburan. Ada juga doktor yang memilih membuat 2 kali IUI dalam satukitaran haid dimana proses kedua akan dilakukan sekurang-kurangnya 12 jam selepas proses pertama.
- Doktor akan memasukkan spekulum (alat membuka dinding vagina) ke dalam faraj anda.Kateter kecil (tiub yang lembut dan fleksibel) kemudian diulir ke dalam rahim anda melalui serviks anda. Sperma kualiti yang terbaik yang telah dipilih akan masukkan melalui tiub. Sesetengah wanita akan rasa ketidakselesaan sepanjang proses ini.
UNTUK LELAKI
(a) Langkah 1
- Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma atau air mani pada hari rawatan tersebut. Sperma yang dihasilkan harus dihantar untuk pemilihan tidak lebih daripada 30 minit.
(b) Langkah 2
- Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di sekelilingnya. Sperma yang aktif dan kurang aktif akan dipisahkan. Proses pencucian dan pemilihan sperma mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sahaja sperma dipilih, IUI akan dilakukan.
(c) Langkah 3
- Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan di dalam kathetar kecil (tiub kecil) yang akan dimasukkan ke dalam rahim.
IUI (Intrauterine Inseminasi)
Bila nak ada baby??
Baru je genap 3 hari anniversary aku dgn aizim kali ke 2. Seperti biasa soalan yang sering berlegar di fikiran aku atau orang lain..bila nak ada baby?bila nak dapat anak??
Walau apa pun aku bersyukur aku dengan suami aku memang tak ada masalah kesuburan setelah membuat ujian kesuburan dengan pakar. Juga aku pernah mengandung awal2 perkahwinan dulu tapi hanya sekejap dan aku mengalami keguguran.
Pelbagai usaha telah dilakukan termasukla makan supplement yang pelbagai dari vitamin, jus, buah zuriat, madu dan sebagainya, pergi berurut..amalkan zikir...tapi Allah belum nak bagi lagi rezeki tu.
Kawan-kawan yang lambat kahwin dari aku pun majoriti semua dah ada anak. Dan yang terbaru kakak ipar aku dan cikgu yang baru kawen satu sekolah dengan aku ni pun pagi tadi dapat tau dah mengandung. Maka timbullah soalan terhadap aku. Semua cakap releks la..Allah belum bagi rezeki..ada yang 10 tahun baru dapat anak...macam2 lagi..kalau kawen umur muda tak de masalah nak dapat anak 10 tahun pun..kalau kawen umur dah 30 takkan umur 40 tahun baru nak mengandung...tapi itula kita janganla melawan kehendak Allah. Sebenarnya Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita.
Apa2 pun aku terus berdoa agar dikurniakan rezeki anak tu dalam masa terdekat. InsyaAllah teguhkan hati dan jangan jealous dengan orang yerrr
(aku akan update blog tentang semua usaha yang aku lakukan dalam ber TTC ni..next pos..pasal IUI)
Aku rancang nak buat IUI. Memandangkan kerja sebagai guru sangat stress dan tiada masa berehat. Kalau cuti pun badan dah penat...huhu
Gambar baby ihsan google...kehadiran anak yang dinantikan setiap pasangan yang berkahwin
(p/s pos aku agak skema sikit..hehe)
Bila nak ada baby??
Subscribe to:
Posts (Atom)




