Baru je genap 3 hari anniversary aku dgn aizim kali ke 2. Seperti biasa soalan yang sering berlegar di fikiran aku atau orang lain..bila nak ada baby?bila nak dapat anak??
Walau apa pun aku bersyukur aku dengan suami aku memang tak ada masalah kesuburan setelah membuat ujian kesuburan dengan pakar. Juga aku pernah mengandung awal2 perkahwinan dulu tapi hanya sekejap dan aku mengalami keguguran.
Pelbagai usaha telah dilakukan termasukla makan supplement yang pelbagai dari vitamin, jus, buah zuriat, madu dan sebagainya, pergi berurut..amalkan zikir...tapi Allah belum nak bagi lagi rezeki tu.
Kawan-kawan yang lambat kahwin dari aku pun majoriti semua dah ada anak. Dan yang terbaru kakak ipar aku dan cikgu yang baru kawen satu sekolah dengan aku ni pun pagi tadi dapat tau dah mengandung. Maka timbullah soalan terhadap aku. Semua cakap releks la..Allah belum bagi rezeki..ada yang 10 tahun baru dapat anak...macam2 lagi..kalau kawen umur muda tak de masalah nak dapat anak 10 tahun pun..kalau kawen umur dah 30 takkan umur 40 tahun baru nak mengandung...tapi itula kita janganla melawan kehendak Allah. Sebenarnya Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita.
Apa2 pun aku terus berdoa agar dikurniakan rezeki anak tu dalam masa terdekat. InsyaAllah teguhkan hati dan jangan jealous dengan orang yerrr
(aku akan update blog tentang semua usaha yang aku lakukan dalam ber TTC ni..next pos..pasal IUI)
Aku rancang nak buat IUI. Memandangkan kerja sebagai guru sangat stress dan tiada masa berehat. Kalau cuti pun badan dah penat...huhu
Gambar baby ihsan google...kehadiran anak yang dinantikan setiap pasangan yang berkahwin
(p/s pos aku agak skema sikit..hehe)
Bila nak ada baby??