Bukan mudah untuk aku menyayangi seseorang
Bukan mudah untuk aku jatuh cinta
Kenapa perlu ada yang hadir hanya seketika
Kenapa perlu mengetuk pintu hati
Jika tidak ingin menerobos jauh ke dalam hati ini
Mungkin aku hanya ditakdirkan untuk bersendirian
Sampai bila..aku tak tahu
Kenapa perlu hadir dalam hati ini
Kemudian suruh pergi begitu saja
Sesungguhnya bukan mudah untuk aku melupakan
Aku amat menyayangimu
Selepas kau pergi, baru kusedar
Betapa aku menyintaimu
Ya Allah..aku sudah jatuh cinta
Tapi aku sedar....cinta aku ini belum ada kepastian yang nyata
Gerak hati aku sering memikirkannya
Sekian lama hati aku kosong
Setelah kesilapanku sendiri memisahkan aku dengan cinta lama
Kini dia bahagia
Hanya aku yang mengecap bahagia sedetik cuma
Semua yang hadir, tidak mampu menjadi pengganti dia
Namun apabila aku menemui kau
Tiba-tiba aku terbuka hati
Terlanjur menyayangimu di tempat yang teristimewa
Namun kini kau mahu aku pergi
Aku tak mampu sayang....
Jujur..aku tak mampu mencari insan lain
Yang boleh terpahat dalam hati ini lagi
Aku tak mampu...
Tolong sayang, buatkan aku
Lupakanmu....
Ya Allah..pemilik cinta sejati
Tarik semula cinta insan seketika dalam hati ini
Jauh ke tempat lain...
Kerana aku tak mampu Ya Allah...
Menghindarkan dirinya jauh dariku
Hanya Kau yang mampu mengubah getar hati ini
Seandainya dia bukan milikku...