AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Tuesday, August 6, 2019

Program Peningkatan Akademik PT3 (Trial)

Hari kedua trial PT3. Hari ni paper aku geografi,esok plak asas sains komputer. Ralat sikit sebab tak sempat orderkan pembaris multigeo untuk budak 3UM.Tapi takpe InsyaAllah boleh guna masa PT3 yang sebenar.Apapun good luck semua kay...hari ni aku banyak jaga kelas exam..so pakai baju formal tak pakai baju 1m1s.

Saja buat perbandingan 10 tahun dulu masa aku jaga kelas 3F dan sekarang kelas 3UM, fokus gambar mus waktu tu..haha (cepat masa berlalu)


Share/Bookmark

Monday, August 5, 2019

Paklong Buat Channel Youtube Untuk Noah ^^,

Assalammualaikum...sekian lama bersarang lagi blog Ummi Noah ni, hehe
Apa pun yang terkini adalah paklong Madir membuat cahnnel youtube untuk Noah supaya video2 yang kitorang suka ambik xla tersimpan dalam telefon saje..lantaran memori telefon aku pun hanya 16G...
So video pertama adalah Noah mengajar kak nana bahasa inggeris, untuk pengetahuan hari ni bermula Ujian Percubaan PT3 untuk student sekolah aku. So cikgu doakan semua dapat jawab dengan tenang, dan lepas ni PT3 yang sebenar sebagai ukuran. Good luck jugak untuk kak nana & abg kimy, sepupu Noah kay..

Klik ni...Minta Subscribe Link Channel Youtube Noah Catboy kay ^_^


Share/Bookmark

CIKGU BAHASA INGGERIS COMEL


Share/Bookmark

Monday, May 13, 2019

Salam Ramadhan 1440

Salam ramadhan 1440 Hijrah..long time x update lagi blog aku ni, haha
Gara-gara jadi cikgu sekarang memang la x sama masa jadi gstt 9-10 tahun dulu.
Tambahan lagi dah kahwin dan ada anak memang payah la nak berblogging...
Alhamdulillah dah masuk Ramadhan tahun 2019 ni, hari ni dah Ramadhan ke 8, pejam celik pejam celik kejap je masa berputar...syukuri seadanya atas segala nikmatNya.

Ok tahun ni aku masih lagi duduk di bilik tayang, inilah tempat bilik guru aku bersama dengan kak Rahana. Alhamdulillah dulu aku tension duduk bilik2 khas ni sekarang baru nmpk hikmahnya. Seronok je dan lebih privacy. 

Tahun ni aku mengajar semua kelas-kelas krk/kaa. Kelas baik2...walau apa pun cabaran untuk aku mengajar subjek PT3 untuk ASK dan Geografi sebanyak 3 kelas. Semoga aku dapat mengajar mereka dengan baik dan mereka mudah faham ilmu yang aku sampaikan dan mereka mendapat keberkatan dan kejayaan..insyaAllah..aamiin (doaku dibulan Ramadhan ini) agak skema sikit ayatnyer haha..

Nak cerita hal lain2 kat sini adalah bahaya...xpe kita tengok je dulu (hmmm)

Tahun ni first time aku mohon eg tukar lantaran sebab yg hanya Allah yg tahu dan sebab sekolah jauh dari rumah tapi sebenanrnya aku xnk pindah lagi...tengok jela dapat ke x bulan 6 ni bila result eg tukar keluar.





Share/Bookmark

Monday, December 3, 2018

Cuti Akhir Tahun Sekolah sesi 2018

Ok best dah start cuti sekolah seminggu kay

Tahun ni sepatutnye aku jaga spm tapi dah tukar org sbb daddy noah pun nak kena jaga spm jugak
Jadi payah pulak kalau dua2 jaga spm saper nak jaga Noah. Setakat hari ni belum ada holiday mana2 sbb daddy masih bekerja kan..balik kampung pun kejap2 je
Ok off topic jap cerita pasal gegar vaganza aritu zamani menang tempat ke 3. Okla sebab sesuai dgn persembahan dia pada hari tersebut. After that,iols is rajin join group2 kat forum cari dan telegram bersama dgn peminat zamani. Terasa bbnu plak iols (iols uols is bahasa dlm forum hehe)
Noah plak makin cerdik, dah pandai asyik gaduh dgn ummi..cakap belum fasih lagi sikit2 ok la..
Harap perkembangan dia normal jela..pape pun Noah suke lagu Dimatamu versi zamani ok (nak jugekkk) 

Ini gaya noah xcukup tido cuti ni,mlm2 berjaga langsung breakfast pun lelap

Ok ni plak time ummi malas masak,daddy jaga spm so ummi bwk noah mkn Cibiuk je k..muke tunggu makanan siap 

Rabu lepas daddy dinner tahunan,menang King of The Night..tahniah

Jgn x caya gmbr ni noah tangkap tau,ni pun dekat2 nak cuti aritu teman daddy kursus kat port dickson

Ok ummi dgn noah kat p.d..ummi dah sgt2 tembam kay kalah berat mengandung noah cukup bulan..nangessss..so azam baru tahun depan kuruskan badan ke berat yg ideal semula..aminnn insyaAllah tercapai..kuat semangatttt


Share/Bookmark

Monday, October 29, 2018

Gegar vaganza ~episod sedih sebab Zamani

Malam tadi merupakan satu sejarah buat penganjuran gegar vaganza apabila penyanyi kesukaan aku sejak zaman sekolah tak dapat perform sebab ada masalah suara.Yang tragisnya dia nangis atas pentas tu dan peminat serta juri bangun dan nyanyikan untuk dia 😭😭😭😭 bila dapat tahu zamani dapat lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta ni mmg rata2 peminat teruja sampai banyak video kisah silam dia di upload kat youtube.Sepatut malam tadi dia tersingkir tapi dapat imuniti dari penaja.Aku pun xpasti la selain masalah suara dia adakah sebab lain yang menyebabkan dia xboleh menyanyi, keadaan dia sangat menyedihkan...huhu harap zamani cpt sembuh ..malam tadi ramai peminat yang nangis sama..tapi suami aku mcm bengang je zamani xkena singkir ..ewahh b saje je ye nak mengena la tu #zamanislam #gegarvaganza #slam #goodluckzamani



Sedih kan 



Zamani bawak lagu ni kat show


Share/Bookmark

Wednesday, October 17, 2018

Zamani Slam buat comeback (gegar vaganza musim 5)

  Tahun ni zamani slam masuk gegar vaganza musim ke 5. Sudah masuk minggu ke 4 baru aku terfikir nak coretkan kenangan2 manis pahit suka duka zmn remaja aku sewaktu membesar dgn lagu2 slam. Ececeh mmg fanatik giler waktu tu walaupun aku bersekolah di SMKA SHAMS, sebuah sekolah agama yang dikenali tapi perangai nakal masih tak dapat dipisahkan dari aku dan kawan-kawan hehehe..

1) pengenalan pertama aku kepada slam amnya dan zamani khususnya adalah bermula ketika frust dgn KRU, haha jgn xtahu masa sekolah rendah aku fanatik KRU abes duit blanje kumpul beli kaset KRU, dibantu jugak abg aku yg blnje kaset KRU, paling suka yusry πŸ˜› bila masuk skola asrama sekolah agama minat aku terhadap KRU diteruskan malah siap mempengaruhi kwn2 lagi, ada kenangan joget2 nyanyi lagu KRU kat koridor aspuri setelah lampu asrama padam jam 11mlm. Kira paling master la aku waktu tu sampai la form 2. Tiba2 masa form 2 ada sorang bdk baru nama zaihanisa. Dia caras aku sbb ayah dia xsilap pernah bekerja dgn syarikat KRU rasenye. Abes semua pasal KRU dia tahu, dan paling sentap bila kwn2 aku bgtau aku “apis zaihanisa lg bnyk tahu pasal kru dari kau dia kata” hahaha sgt la bebudak kurasakan.Terus aku sentap dan perlahan2 aku kosongkan hati dan tiba la time tu slam tgh meningkat naik dgn album kesan terbukti. Tanpa dirancang aku terus suka plak dgn slam dan zamani kikih..geng2 aku waktu zamani ni adalah shida,tini dan kak zura 😁
2)Minat terhadap zamani mmg dasat, siap buat buku skrap kumpul gambar2 dia dari mcm2 majalah, tebal la buku skrap aku tu, sygnye aku dah buang bila aku insaf minat nasyid time kat matrik kikih, masa tu aku dengan geng2 aku kalau outing konfem selak majalah mangga,urtv,media bagai..sekecik mana pun zamani ade gmbrnye mesti dibeli majalah tu..siap uncle kedai majalah tu dah tahu kalau majalah baru sampai ade zamani dia simpankan kat kitorang..kikih, tapi majalah hiburan adalah brg haram kat skola agama apatah lagi aspuri, pernah aku nak kene lempang dgn ustazah zuriyanai(warden) sbb kantoi bwk mjlh kat aspuri 😭bila time spotcheck pandai kitorang campak gmbr zamani dlm baldi baju kotor la, buang blkg tingkap la haha
3) Ada seorang bdk lelaki yg tua setahun dari aku masa tu iras zamani, mmg kitorang selalu la usha dan mmg minat dia sbb muka dia mcm zamani, nama bdk tu Fikri. Sebab fikri jugak nama anak buah aku diberi nama fikri, kang nak bagi nama zamani nmpk sgt jd bg la nama fikri. Selain tu dorm kitorang jgk diberi nama Dorm Fikrul Huda (haha ketua bilik time ni kak faiez) dah jadi ustazah dah dia skrg.
4) Kitorang mmg kumpul semua album slam dan bwk walkman ke aspuri (walaupun brg haram, brp kali kene rampas warden) ingat lagi album konsert unplugged slam tu pun shida ade dan mmg hafal segala dialog zamani dlm tu. Lagu2 utk filem Bara (lakonan zamani pun kitorang beli) abes la dialog suara awie dan nasha pun kitorg hafal.
5) Time promosi filem Bara kat terminal one seremban, kitorang pegi siap tukar tudung labuh dalam toilet dan keluar pakai tudung bawal haha, suke la sgt dpt jumpe zamani time tu, ingat lagi zamani dan rosyam nor merokok kat luar panggung tapi kitorang peminat tetap kacau dia.
6)Pernah jumpe zamani kat konsert kecik kat kampung aku batu kikir, time tu diorang jual komik kisah slam, aku mmg beli la minat sgt kan tapi xdpt tndatangan zamani tapi komik tu ditandatangani oleh arwah along spoon (dia pun ade time tu). Malangnye komik tu aku dah buang sbb alang aku takutkan aku sbb kes arwah along tu...time bdk2 mana fikir panjang.
7)Time zamani digosipkan bercinta dgn dato’ ct time tu punyela kitorang jeles..haha bdk2 kan dan rupenye mmg betul zamani bercinta dgn dato’ ct selama 6 tahun. Pengakuan zamani ni tahun lps, lps kes dia kene tangkap pasal dadah tu..huhu kesian zamani, mmg terasa la kenapa la dia jadi camtu sedangkan dato’ ct skrg dah bahagia dgn dato’ k dan ade aafiyah dah 😭
8) Tahu zamani anak manje arwah mak dia dan semua baju show arwah mak dia yg pilih. Dia pun gelar diri dia adik dgn kwn2 dan kitorang panggil dia “abg adik”. Bila mak dia meninggal dia mmg hilang arah dan masa tu pulak xlama lps tu putus dgn dato’ ct dan zamani membawa diri ke lembah yg xsihat(dgrnya dah lama dia terjebak tapi masa tu bertambah parah) 😭sgt terkejut bila viral kisah polis sebarkan video zamani nyanyi dgn tgn bergari 3 tahun lps. Terus terimbau sgl kenangan lama ececeh..
  Semoga zamani success selalu, lupakan kisah duka, mulakan hidup baru yg lebih baik. Semoga mendapat keredhaan Allah dan mendapat isteri yg baik dan dpt menjaga dia (ececeh doa dari peminat dia sejak zaman remaja) #goodluckabangadik #gegarvaganza 
   Tulah kisah lama dan kini aku pun dah ada anak skrg ..rambut anak aku pun aku biar panjang halus heheh selagi belum sekolah xpela noah ye rambut panjang (err ada kaitan ke ni) 😁

Zamani masa dulu 

Zamani dalam filem Bara

Album kembali merindu 


 Zamani sekarang


Share/Bookmark
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...