Malam tadi merupakan satu sejarah buat penganjuran gegar vaganza apabila penyanyi kesukaan aku sejak zaman sekolah tak dapat perform sebab ada masalah suara.Yang tragisnya dia nangis atas pentas tu dan peminat serta juri bangun dan nyanyikan untuk dia ππππ bila dapat tahu zamani dapat lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta ni mmg rata2 peminat teruja sampai banyak video kisah silam dia di upload kat youtube.Sepatut malam tadi dia tersingkir tapi dapat imuniti dari penaja.Aku pun xpasti la selain masalah suara dia adakah sebab lain yang menyebabkan dia xboleh menyanyi, keadaan dia sangat menyedihkan...huhu harap zamani cpt sembuh ..malam tadi ramai peminat yang nangis sama..tapi suami aku mcm bengang je zamani xkena singkir ..ewahh b saje je ye nak mengena la tu #zamanislam #gegarvaganza #slam #goodluckzamani
Monday, October 29, 2018
Gegar vaganza ~episod sedih sebab Zamani
Sedih kan
Zamani bawak lagu ni kat show
Ditaip
Qistina Filzah
at
12:39 PM
Gegar vaganza ~episod sedih sebab Zamani
2018-10-29T12:39:00+08:00Qistina Filzahgegar vaganza|mengapa perpisahan yang kau pinta|slam|zamani|
Comments
Labels: gegar vaganza, mengapa perpisahan yang kau pinta, slam, zamani
Wednesday, October 17, 2018
Zamani Slam buat comeback (gegar vaganza musim 5)
Tahun ni zamani slam masuk gegar vaganza musim ke 5. Sudah masuk minggu ke 4 baru aku terfikir nak coretkan kenangan2 manis pahit suka duka zmn remaja aku sewaktu membesar dgn lagu2 slam. Ececeh mmg fanatik giler waktu tu walaupun aku bersekolah di SMKA SHAMS, sebuah sekolah agama yang dikenali tapi perangai nakal masih tak dapat dipisahkan dari aku dan kawan-kawan hehehe..
1) pengenalan pertama aku kepada slam amnya dan zamani khususnya adalah bermula ketika frust dgn KRU, haha jgn xtahu masa sekolah rendah aku fanatik KRU abes duit blanje kumpul beli kaset KRU, dibantu jugak abg aku yg blnje kaset KRU, paling suka yusry π bila masuk skola asrama sekolah agama minat aku terhadap KRU diteruskan malah siap mempengaruhi kwn2 lagi, ada kenangan joget2 nyanyi lagu KRU kat koridor aspuri setelah lampu asrama padam jam 11mlm. Kira paling master la aku waktu tu sampai la form 2. Tiba2 masa form 2 ada sorang bdk baru nama zaihanisa. Dia caras aku sbb ayah dia xsilap pernah bekerja dgn syarikat KRU rasenye. Abes semua pasal KRU dia tahu, dan paling sentap bila kwn2 aku bgtau aku “apis zaihanisa lg bnyk tahu pasal kru dari kau dia kata” hahaha sgt la bebudak kurasakan.Terus aku sentap dan perlahan2 aku kosongkan hati dan tiba la time tu slam tgh meningkat naik dgn album kesan terbukti. Tanpa dirancang aku terus suka plak dgn slam dan zamani kikih..geng2 aku waktu zamani ni adalah shida,tini dan kak zura π
2)Minat terhadap zamani mmg dasat, siap buat buku skrap kumpul gambar2 dia dari mcm2 majalah, tebal la buku skrap aku tu, sygnye aku dah buang bila aku insaf minat nasyid time kat matrik kikih, masa tu aku dengan geng2 aku kalau outing konfem selak majalah mangga,urtv,media bagai..sekecik mana pun zamani ade gmbrnye mesti dibeli majalah tu..siap uncle kedai majalah tu dah tahu kalau majalah baru sampai ade zamani dia simpankan kat kitorang..kikih, tapi majalah hiburan adalah brg haram kat skola agama apatah lagi aspuri, pernah aku nak kene lempang dgn ustazah zuriyanai(warden) sbb kantoi bwk mjlh kat aspuri πbila time spotcheck pandai kitorang campak gmbr zamani dlm baldi baju kotor la, buang blkg tingkap la haha
3) Ada seorang bdk lelaki yg tua setahun dari aku masa tu iras zamani, mmg kitorang selalu la usha dan mmg minat dia sbb muka dia mcm zamani, nama bdk tu Fikri. Sebab fikri jugak nama anak buah aku diberi nama fikri, kang nak bagi nama zamani nmpk sgt jd bg la nama fikri. Selain tu dorm kitorang jgk diberi nama Dorm Fikrul Huda (haha ketua bilik time ni kak faiez) dah jadi ustazah dah dia skrg.
4) Kitorang mmg kumpul semua album slam dan bwk walkman ke aspuri (walaupun brg haram, brp kali kene rampas warden) ingat lagi album konsert unplugged slam tu pun shida ade dan mmg hafal segala dialog zamani dlm tu. Lagu2 utk filem Bara (lakonan zamani pun kitorang beli) abes la dialog suara awie dan nasha pun kitorg hafal.
5) Time promosi filem Bara kat terminal one seremban, kitorang pegi siap tukar tudung labuh dalam toilet dan keluar pakai tudung bawal haha, suke la sgt dpt jumpe zamani time tu, ingat lagi zamani dan rosyam nor merokok kat luar panggung tapi kitorang peminat tetap kacau dia.
6)Pernah jumpe zamani kat konsert kecik kat kampung aku batu kikir, time tu diorang jual komik kisah slam, aku mmg beli la minat sgt kan tapi xdpt tndatangan zamani tapi komik tu ditandatangani oleh arwah along spoon (dia pun ade time tu). Malangnye komik tu aku dah buang sbb alang aku takutkan aku sbb kes arwah along tu...time bdk2 mana fikir panjang.
7)Time zamani digosipkan bercinta dgn dato’ ct time tu punyela kitorang jeles..haha bdk2 kan dan rupenye mmg betul zamani bercinta dgn dato’ ct selama 6 tahun. Pengakuan zamani ni tahun lps, lps kes dia kene tangkap pasal dadah tu..huhu kesian zamani, mmg terasa la kenapa la dia jadi camtu sedangkan dato’ ct skrg dah bahagia dgn dato’ k dan ade aafiyah dah π
8) Tahu zamani anak manje arwah mak dia dan semua baju show arwah mak dia yg pilih. Dia pun gelar diri dia adik dgn kwn2 dan kitorang panggil dia “abg adik”. Bila mak dia meninggal dia mmg hilang arah dan masa tu pulak xlama lps tu putus dgn dato’ ct dan zamani membawa diri ke lembah yg xsihat(dgrnya dah lama dia terjebak tapi masa tu bertambah parah) πsgt terkejut bila viral kisah polis sebarkan video zamani nyanyi dgn tgn bergari 3 tahun lps. Terus terimbau sgl kenangan lama ececeh..
Semoga zamani success selalu, lupakan kisah duka, mulakan hidup baru yg lebih baik. Semoga mendapat keredhaan Allah dan mendapat isteri yg baik dan dpt menjaga dia (ececeh doa dari peminat dia sejak zaman remaja) #goodluckabangadik #gegarvaganza
Tulah kisah lama dan kini aku pun dah ada anak skrg ..rambut anak aku pun aku biar panjang halus heheh selagi belum sekolah xpela noah ye rambut panjang (err ada kaitan ke ni) π
Zamani masa dulu
Zamani dalam filem Bara
Album kembali merindu
Zamani sekarang
Zamani Slam buat comeback (gegar vaganza musim 5)
Subscribe to:
Posts (Atom)