AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Wednesday, February 5, 2020

Noah Rifqi dah sekolah tadika Genius Aulad

Dah masuk bulan februari 2020 baru nak update blog, hehe.. Noah Rifqi sekarang dah start sekolah tadika 4 tahun kat Genius Aulad. So aku dengan Aizim gilir-gilir ambil dia dan hantar ke pengasuh bila abes sekolah. Pagi-pagi aku la yang hantar. Review aku pasal Genius Aulad ni ok, sekolah dia tak crowded, dan Noah kadang-kadang dia kata "school is funny". Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Share/Bookmark

Tuesday, August 6, 2019

Program Peningkatan Akademik PT3 (Trial)

Hari kedua trial PT3. Hari ni paper aku geografi,esok plak asas sains komputer. Ralat sikit sebab tak sempat orderkan pembaris multigeo untuk budak 3UM.Tapi takpe InsyaAllah boleh guna masa PT3 yang sebenar.Apapun good luck semua kay...hari ni aku banyak jaga kelas exam..so pakai baju formal tak pakai baju 1m1s.

Saja buat perbandingan 10 tahun dulu masa aku jaga kelas 3F dan sekarang kelas 3UM, fokus gambar mus waktu tu..haha (cepat masa berlalu)


Share/Bookmark

Monday, August 5, 2019

Paklong Buat Channel Youtube Untuk Noah ^^,

Assalammualaikum...sekian lama bersarang lagi blog Ummi Noah ni, hehe
Apa pun yang terkini adalah paklong Madir membuat cahnnel youtube untuk Noah supaya video2 yang kitorang suka ambik xla tersimpan dalam telefon saje..lantaran memori telefon aku pun hanya 16G...
So video pertama adalah Noah mengajar kak nana bahasa inggeris, untuk pengetahuan hari ni bermula Ujian Percubaan PT3 untuk student sekolah aku. So cikgu doakan semua dapat jawab dengan tenang, dan lepas ni PT3 yang sebenar sebagai ukuran. Good luck jugak untuk kak nana & abg kimy, sepupu Noah kay..

Klik ni...Minta Subscribe Link Channel Youtube Noah Catboy kay ^_^


Share/Bookmark

CIKGU BAHASA INGGERIS COMEL


Share/Bookmark

Monday, May 13, 2019

Salam Ramadhan 1440

Salam ramadhan 1440 Hijrah..long time x update lagi blog aku ni, haha
Gara-gara jadi cikgu sekarang memang la x sama masa jadi gstt 9-10 tahun dulu.
Tambahan lagi dah kahwin dan ada anak memang payah la nak berblogging...
Alhamdulillah dah masuk Ramadhan tahun 2019 ni, hari ni dah Ramadhan ke 8, pejam celik pejam celik kejap je masa berputar...syukuri seadanya atas segala nikmatNya.

Ok tahun ni aku masih lagi duduk di bilik tayang, inilah tempat bilik guru aku bersama dengan kak Rahana. Alhamdulillah dulu aku tension duduk bilik2 khas ni sekarang baru nmpk hikmahnya. Seronok je dan lebih privacy. 

Tahun ni aku mengajar semua kelas-kelas krk/kaa. Kelas baik2...walau apa pun cabaran untuk aku mengajar subjek PT3 untuk ASK dan Geografi sebanyak 3 kelas. Semoga aku dapat mengajar mereka dengan baik dan mereka mudah faham ilmu yang aku sampaikan dan mereka mendapat keberkatan dan kejayaan..insyaAllah..aamiin (doaku dibulan Ramadhan ini) agak skema sikit ayatnyer haha..

Nak cerita hal lain2 kat sini adalah bahaya...xpe kita tengok je dulu (hmmm)

Tahun ni first time aku mohon eg tukar lantaran sebab yg hanya Allah yg tahu dan sebab sekolah jauh dari rumah tapi sebenanrnya aku xnk pindah lagi...tengok jela dapat ke x bulan 6 ni bila result eg tukar keluar.





Share/Bookmark

Monday, December 3, 2018

Cuti Akhir Tahun Sekolah sesi 2018

Ok best dah start cuti sekolah seminggu kay

Tahun ni sepatutnye aku jaga spm tapi dah tukar org sbb daddy noah pun nak kena jaga spm jugak
Jadi payah pulak kalau dua2 jaga spm saper nak jaga Noah. Setakat hari ni belum ada holiday mana2 sbb daddy masih bekerja kan..balik kampung pun kejap2 je
Ok off topic jap cerita pasal gegar vaganza aritu zamani menang tempat ke 3. Okla sebab sesuai dgn persembahan dia pada hari tersebut. After that,iols is rajin join group2 kat forum cari dan telegram bersama dgn peminat zamani. Terasa bbnu plak iols (iols uols is bahasa dlm forum hehe)
Noah plak makin cerdik, dah pandai asyik gaduh dgn ummi..cakap belum fasih lagi sikit2 ok la..
Harap perkembangan dia normal jela..pape pun Noah suke lagu Dimatamu versi zamani ok (nak jugekkk) 

Ini gaya noah xcukup tido cuti ni,mlm2 berjaga langsung breakfast pun lelap

Ok ni plak time ummi malas masak,daddy jaga spm so ummi bwk noah mkn Cibiuk je k..muke tunggu makanan siap 

Rabu lepas daddy dinner tahunan,menang King of The Night..tahniah

Jgn x caya gmbr ni noah tangkap tau,ni pun dekat2 nak cuti aritu teman daddy kursus kat port dickson

Ok ummi dgn noah kat p.d..ummi dah sgt2 tembam kay kalah berat mengandung noah cukup bulan..nangessss..so azam baru tahun depan kuruskan badan ke berat yg ideal semula..aminnn insyaAllah tercapai..kuat semangatttt


Share/Bookmark

Monday, October 29, 2018

Gegar vaganza ~episod sedih sebab Zamani

Malam tadi merupakan satu sejarah buat penganjuran gegar vaganza apabila penyanyi kesukaan aku sejak zaman sekolah tak dapat perform sebab ada masalah suara.Yang tragisnya dia nangis atas pentas tu dan peminat serta juri bangun dan nyanyikan untuk dia 😭😭😭😭 bila dapat tahu zamani dapat lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta ni mmg rata2 peminat teruja sampai banyak video kisah silam dia di upload kat youtube.Sepatut malam tadi dia tersingkir tapi dapat imuniti dari penaja.Aku pun xpasti la selain masalah suara dia adakah sebab lain yang menyebabkan dia xboleh menyanyi, keadaan dia sangat menyedihkan...huhu harap zamani cpt sembuh ..malam tadi ramai peminat yang nangis sama..tapi suami aku mcm bengang je zamani xkena singkir ..ewahh b saje je ye nak mengena la tu #zamanislam #gegarvaganza #slam #goodluckzamani



Sedih kan 



Zamani bawak lagu ni kat show


Share/Bookmark
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...