AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Friday, May 15, 2015

Twins Baby

Ahad lepas blk kampung sekejap untuk hantar langsir ibu yg ditempah kat terminal one. Alang2 balik tu singgah menziarahi si kembar aida ( geng gstt dulu) yang baru melahirkan baby kembar sepasang..akif dan auni namanya...so sweet..mesti best kn dpt kembar sepasang plak tu ....






Share/Bookmark

Wednesday, April 22, 2015

IUI (Intrauterine Inseminasi)

Apakah IUI?


  • Intrauterine inseminasi ialah proses membantu meningkatkan peluang kehamilan dimana melibatkan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari sperma yang kurang aktif. Sperma yang bergerak pantas akan dimasukkan terus ke dalam rahim isteri apabila berdekatan dengan tempoh ovulasi dimana telur akan dibebaskan tidak lama lagi. Peluang persenyawaan  boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini.
  • Langkah 1 (tanpa ubat)
  • IUI dilakukan di antara hari ke-12 dan hari ke-16 kitaran haid anda dimana hari pertama merupakan hari pertama haid anda datang. Anda akan diberi ujian darah atau air kencing untuk mengenalpasti ovulasi anda.
  • Kebanyakkan doktor akan menyediakan ovulasi kit peramal untuk mengesan lonjakkan hormon LH dimana ovulasi akan berlaku tidak lama lagi.
  • Langkah 1 (dengan ubat)
  • Jika anda menggunakan ubat kesuburan untuk merangsang ovulasi, kematangan telur anda akan ditinjau melalui ultrasound melalui faraj. Anda akan diberikan suntikan hormon untuk merangsang pembebasan telur apabila telur cukup matang.
  • Langkah 2
  • Sperma akan dimasukkan 12-48 jam kemudian selepas ovulasi ditentukan ataupun selepas penggunaan ubat kesuburan. Ada juga doktor yang memilih membuat 2 kali IUI dalam satukitaran haid dimana proses kedua akan dilakukan sekurang-kurangnya 12 jam selepas proses pertama.
    • Doktor akan memasukkan spekulum (alat membuka dinding vagina) ke dalam faraj anda.Kateter kecil (tiub yang lembut dan fleksibel) kemudian diulir ke dalam rahim anda melalui serviks anda. Sperma kualiti yang terbaik yang telah dipilih akan masukkan melalui tiub. Sesetengah wanita akan rasa ketidakselesaan sepanjang proses ini.
  • UNTUK LELAKI

    (a) Langkah 1
    • Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma atau air mani pada hari rawatan tersebut. Sperma yang dihasilkan harus dihantar untuk pemilihan tidak lebih daripada 30 minit.
    (b) Langkah 2
    • Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di sekelilingnya. Sperma yang aktif dan kurang aktif akan dipisahkan. Proses pencucian dan pemilihan sperma  mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sahaja sperma dipilih, IUI akan dilakukan.
    (c) Langkah 3
    • Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan di dalam kathetar kecil (tiub kecil) yang akan dimasukkan ke dalam rahim.


     
    sperma pemilihan & pencucian IUI




Share/Bookmark

Bila nak ada baby??

Baru je genap 3 hari anniversary aku dgn aizim kali ke 2. Seperti biasa soalan yang sering berlegar di fikiran aku atau orang lain..bila nak ada baby?bila nak dapat anak??
Walau apa pun aku bersyukur aku dengan suami aku memang tak ada masalah kesuburan setelah membuat ujian kesuburan dengan pakar. Juga aku pernah mengandung awal2 perkahwinan dulu tapi hanya sekejap dan aku mengalami keguguran.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasukla makan supplement yang pelbagai dari vitamin, jus, buah zuriat, madu dan sebagainya, pergi berurut..amalkan zikir...tapi Allah belum nak bagi lagi rezeki tu.

Kawan-kawan yang lambat kahwin dari aku pun majoriti semua dah ada anak. Dan yang terbaru kakak ipar aku dan cikgu yang baru kawen satu sekolah dengan aku ni pun pagi tadi dapat tau dah mengandung. Maka timbullah soalan terhadap aku. Semua cakap releks la..Allah belum bagi rezeki..ada yang 10 tahun baru dapat anak...macam2 lagi..kalau kawen umur muda tak de masalah nak dapat anak 10 tahun pun..kalau kawen umur dah 30 takkan umur 40 tahun baru nak mengandung...tapi itula kita janganla melawan kehendak Allah. Sebenarnya Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita.

Apa2 pun aku terus berdoa agar dikurniakan rezeki anak tu dalam masa terdekat. InsyaAllah teguhkan hati dan jangan jealous dengan orang yerrr

(aku akan update blog tentang semua usaha yang aku lakukan dalam ber TTC ni..next pos..pasal IUI)

Aku rancang nak buat IUI. Memandangkan kerja sebagai guru sangat stress dan tiada masa berehat. Kalau cuti pun badan dah penat...huhu
Gambar baby ihsan google...kehadiran anak yang dinantikan setiap pasangan yang berkahwin
(p/s pos aku agak skema sikit..hehe)


Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails