AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Monday, December 12, 2011

Merisik,Meminang,Menikah~Walimatul Urus



Sempena cuti sekolah ini, aku saje2 tulis entri nie..hehe..xde kaitan ape ek..jom kiter semak beberapa tingkat atau proses sebelum sepasang kekasih diijabkabulkan sah sebagai suami isteri..eceh..walopun dalam internet melambak info nie..xsalah mengembangkan lagi..hasil carian aku dalam cik google dibantu blogger adalah..

Peringkat 1 : Merisik
Merisik - Wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

Peringkat 2 : Peminangan (Bertunang)
Meminang - Rombongandari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan emmberi sireh junjung..
Aca berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.

Daftar Pernikahan 
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.

Persediaan 
Persedian ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau doorgift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

Peringkat 3: Pernikahan 
Akad Nikah (Solemnization) - Biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.

Berinai - antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.

Kenduri Kahwin - ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan makan para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradab. selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjlan lancar.

Sambut Menantu - iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir saam dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.

Ziarah  - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, maksik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.

Berbulan Madu (Honeymoon) - bercuti dan melancong berdua-duaan.


Share/Bookmark
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...