AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Monday, December 26, 2011

Hari Keluarga 4 Taman

fiky masuk game mencari duit dlm tepung
tepung gomak
hadiah yg dimenangi oleh fiky & atuk 
fiky & kwn2 dier sdg meneliti acara yg dipertandingkan
pertandingan mewarna
fiky isi air
mak a.k.a wan fiky isi air,satu grup dowang nie
atuk mmg lmbt sket..hehe
kelihatan atuk,wan dibelakang tu fiky nga mendengar taklimat sblm acara isi air 
Hari nie berlangsung acara meriah kat taman aku..abah sebagai setiausaha masjid Desa Anggerik antara owg kuat menjayakan program Hari Keluarga antara 4 perumahan berhampiran iaitu Taman Anggerik,Taman Mutiara, Taman Melati dan Taman Putra. So anggota keluarga berkumpul di perkarangan masjid menyertai pelbagai acara dari golongan kanak-kanak sehingga dewasa. Fiky masuk pertandingan hafazan,azan subuh,boling padang,cari duit syiling dlm tepung,isi air dalam botol (bersama atuk & wan nya), abah plak selain masuk isi air dalam botol tu abah join acara basikal lambat.
(actually bnyk lg acara yg ader, tp aku xsnap sumer gmbr la...yg fiky masuk pun aku xsnap bnyk, kalo ank2 buah aku yg lain blk..lg bnyk leh join nie)

Kitowang geng gstt plak menunggu result penempatan hari nie...sepatutnya hari nie kuar...yup, lupe nk bgtau, kak fizah (fify),lizayu & atun berjaya mendapat tawaran latihan perguruan jugak bila nama dowang kuar pada hari khamis lepas..disebabkn KPM lmbt update sesetengh nama...risau dowang da bertukar happy...result penempatan aku rasa kuar esok coz hari nie cuti..so, debaran masih terasa.


Share/Bookmark

Wednesday, December 21, 2011

7079 GSTT Ditawarkan Kursus Perguruan

semakan keputusan tawaran DPLI/KPLI/KPLSPM utk gstt yg dibuka Isnin aritu
menaiki chairlift kat Bukit Merah Laketown Resort
partner chairlift aku aqilah la..hehe..tinggi gak tau..nmpk la keseluruhan waterpark tu bler terbang kat atas
kakngah & kakak mira plak naik samer, fiky plak duk sowang2
atas bot plak mlm2 jalan..p tgk kg orang utan...
aqilah atas bot
kak nisah sdg menjalani sesi check kesihatan oleh alang..hehe..kat umah apartment tu alang bwk alat check  darah tinggi nie
125 atas...96 bwh..tekanan darah hipertensi ringan abg den nie
abg happy plak sbb darah xtinggi sgt..bersorak ala2 tgk game bola plak
Alhamdulillah..kata2 syukur dipanjatkan pertama2 skali apabila aku & kwn2 aku berjaya mendapat tempat dalam mengikuti kursus perguruan mulai tahun hadapan. Setelah bertahun2 kami mengajar...menjadi pendidik...dengan seikhlas hatinya...inilah rezeki dari Allah utk kiter...t.kasih gak utk Kementerian Pelajaran Malaysia yg mendengar keluh kesah kami GSTT selama ini. 
Aku & family bercuti di Bukit Merah Laketown Resort selama 4 hari dari Ahad sampai Rabu..nie baru sampai umah..rehat2 jap aku update entri berkaitan gstt nie..keputusan semakan gstt adalah pada hari Isnin lepas...time aku kat Bukit Merah...check gak tu gune wifi kat ctu... 
Dari 13184 orang GSTT yg bertugas pada tahun 2010, 7079 orang yang ditawarkan mengikuti latihan perguruan ini mengikut syarat2 dan kriteria yg ditetapkan. 4433 orang dari jumlah tu akn belajar kat IPTA terpilih bermula bulan Februari depan dan bakinya mengikuti kursus di IPG/Maktab bermula 9 Jan 2012.1799 orang plak yg sedang mengikuti kursus dan dpt KDC. 2788 orang plak dokumen xlengkap..dan boleh wat rayuan lagi sampai 26 Dis nie. 2928 orang GSTT plak yg xlayak ikuti kursus sebab xcukup syarat. 
Time nk pegi Bukit Merah aritu mmg da cuak abes sbb da tau esok tu result kuar...dup dap dup dap..pegi jugak join mandi manda bersama ank2 buah aku dan naik chairlift lagik...cuak oiii..pastu rehat2 jap on9 check result da kuar ke lom & kol kengkawan gstt aku yg kat skola tu yg tgh bertugas...dlm tghari result kuar dan time tu aku nk balik ke apartment da..Razis yg first gtau,pastu kak fizah akaun plak... Aku,my b..aizim,iqbar,aida,aiza,kak fizah akaun dpt tawaran nie..Alhamdulillah...tp kak fizah sejarah (kak fify,lizayu)name xde dlm senarai mungkin dokumen xlengkap & kne wat rayuan..harap2 sgt semue dpt...amin..smgt ke'gstt'an nie...kat DUAM plak...sally dpt, tp atun xdpt..hmm...masih leh wat rayuan kwn2 ku..chaiyok..usaha & terus berdoa..semoga kiter dpt menjadi pendidik yg berguna utk agama,bangsa & negara.


Share/Bookmark

Monday, December 12, 2011

Merisik,Meminang,Menikah~Walimatul Urus



Sempena cuti sekolah ini, aku saje2 tulis entri nie..hehe..xde kaitan ape ek..jom kiter semak beberapa tingkat atau proses sebelum sepasang kekasih diijabkabulkan sah sebagai suami isteri..eceh..walopun dalam internet melambak info nie..xsalah mengembangkan lagi..hasil carian aku dalam cik google dibantu blogger adalah..

Peringkat 1 : Merisik
Merisik - Wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

Peringkat 2 : Peminangan (Bertunang)
Meminang - Rombongandari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan emmberi sireh junjung..
Aca berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.

Daftar Pernikahan 
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.

Persediaan 
Persedian ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau doorgift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

Peringkat 3: Pernikahan 
Akad Nikah (Solemnization) - Biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.

Berinai - antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.

Kenduri Kahwin - ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan makan para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradab. selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjlan lancar.

Sambut Menantu - iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir saam dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.

Ziarah  - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, maksik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.

Berbulan Madu (Honeymoon) - bercuti dan melancong berdua-duaan.


Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails