AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Monday, April 11, 2011

Petua Membentuk Cinta Abadi Part 1


Tadi, aku lepak2 meja aimi..terpandang la sebuah buku nie..kecik jek, tp tajuk nyer menarik 'Petua Membentuk Cinta Abadi' ditulis oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah, aku bace sket, & terase nk kongsi ngan semuer la isi2 kandungannyer..sbb aku check online..ader iklan sal jual buku nie jek..hehe
Aku kongsi 5 petua dulu tuk part 1

" Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat, tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?kerana Tuhan memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya...Itulah namanya cinta."

Petua 1
Cinta sejati menganggap pujian sebagai penawar. Bentuk tabiat mudah memuji pasangan supaya dia terdorong menjadi cemerlang. Amalkan memuji tujuh kali sebelum menegur pasangan. (oceh..tujuh kali tu..hehe)


Petua 2
Cinta abadi sentiasa romantik. Berilah hadiah,sms,ucapan cinta, makan di luar dan sebagainya untuk memupuk cinta. Ramai individu yang penyayang tetapi gagal mempamerkan perasaannya. (belajar pamerkan perasaan)
Petua 3
Cinta abadi diperkasa dengan belaian. berbual dan dengari pasangan dengan prihatin dan kasih sayang. Belajar untuk berkonflik dengan hikmah. (jangan gaduh2)
Petua 4
Cinta abadi perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna. (pasangan yg mentaati Allah)


Petua 5
Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian (tips cinta jarak jauh)



Bersambung di part yg ke 2..hehe


Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails