AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Wednesday, March 23, 2011

Resepi Kuih Puteri

Kuih Puteri Ayu (ayunyerrr rupe kuih nie tau)

Bahan-bahannya :-

  • 5 biji telur
  • 250 gram tepung gandum
  • 300 gram gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dgn sedikit garam & tepung ubi)

Cara-cara membuatnya :-

Mula-mula panaskan kukusan. Oleskan sedikit minyak kat adunan kuih tu, ketepikan.Kemudian,barulah,pukul gula, telur & ovalette sampai kembang.Lepas tu, masukkan santan, tepung yg sudah diayak, baking powder & pandan paste. Kacau sebati.Ambik sedikit kelapa parut yg sudah digaul dgn sedikit garam & tepung ubi, tekan2 kasik mampat dalam itu mould. Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga paras penuh dan kukus sehingga 5 minit.Mam bersama kopi panas..besh...dak2 kecik pon minat gak kuih nie...

Kuih Puteri Mandi

Bahan-bahannya :-

  • 250 gm tepung pulut
  • ½ biji kelapa muda parut
  • 3 ketul gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • Air secukupnya
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara membuatnya :-

Gaul tepung pulut bersama air sedikit demi sedikit hingga tepung boleh diuli. Sementara itu didihkan air di dalam periuk. Bulat-bulatkan adunan tepung pulut sebesar guli dan tekan di tengahnya. Masukkan ke dalam air didihan. Buat hingga tepung habis. Untuk mengetahui kuih sudah masak, ia akan timbul dan angkat dengan menggunakan tapisan teh. Ketepikan dahulu. Masak gula melaka bersama gula pasir, kelapa muda, daun pandan dan kira-kira dua cawan air didihan kuih tadi. Biar pekat baru masukkan kuih tadi. Kacau-kacau seketika dan angkat.

(aku letak resepi nie, sumber dari godek2 kat forum la, bkn ape...b la citer, suker mkn kuih warne hijau ader kelape kat atasnyer..haha, mcm2 name kuih aku teka...rupenyer kuih puteri nie yg dier minat...sahla...aku lom tau wat lagik pon...blaja lerr,jom main masak2..bak kater nabilah..hehe)


Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails