AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Thursday, December 30, 2010

Make-Up Tradisional

1. Jadikan 'Ghaddul Basar' sebagai hiasan mata, nescaya mata akan kelihatan lebih bening dan jernih buat selam-lamanya

2. Oleskan 'Lipstik Kejujuran' pada bibir, nescaya bibir anda semakin manis

3. Gunakan 'Pemerah Pipi' dengan kosmetik yang diperbuat dari rasa malu, nescaya pipi anda kelihatan bersih dan suci serta menyenangkan hati sesiapa sahaja

4. Gunakan 'Sabun Istighfar' bagi menghilangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan, nescaya akan lebih berseri dan memikat hati

5. Rawatlah rambut dengan 'Jilbab Islami' yang dapat mengelakkan dari pandangan ajnabi, nescaya rambut akan kelihatan lebih bermaya dan menawan

6. Hiasilah kedua tangan dengan 'Gelang Tawadhu' dan jari jemari dengan 'Cincin Ukhwah' nescaya tangan anda serta jari akan lebih manis dan cantik

7. Kalungkan leher dengan 'Kalung Kesucian' nescaya akan kelihatan lebih berseri

8. Bedaklah wajah dengan 'Air Wudhu' nescaya wajah akan lebih bercahaya dan anggun walaupun anda telah mengembara hingga ke akhirat

~aku selak2 barang2 lamer dalam kotak time aku kat u..terjumpe keratan pasal make-up tradisional hadiah time besday aku yg ke 20 time tu konsert Rabbani aku dpt keratan nie ngan fail hijau yg aku bwk ke kuliah..hehe,aku ingat lagi


Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails