AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME WILLKOMMEN

Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari Jadi-Gantung Sekolah

Sebahagian daripada enam pelajar sekolah bersama ibu bapa menunjukkan surat gantung sekolah yang diterima baru-baru ini

Petikan dari paper Berita Harian hari Rabu lepas...& susulan cerita yg samer dlm pelbagai lagik paper termasuk utusan,harian metro & sinar...xketinggalan radio era...sampai ke hari ni masih lagi kes ni disebut lagik...untuk yg xtau aper2 just bacer paper jer dpt maklumat...jgn nk menuding jari menyalahkn skola la...ckp mcm2 skola xsporting la..cekgu kejamla...itula,inila...kowang xtau aper yg berlaku...& dowang ni mmg wajar digantung skola atas sebab2 tertentu...aku sebagai guru di sekolah yg terlibat ingin menyenaraikn antara sebabnyer

1. kes mereka da terlalu bnyk (rujuk buku disiplin la kalo berani) ikot merit mmg wajar digantung pun (penah kene gantung pun sebelum ni atas kes lain)

2. mereka ponteng kelas tmbhn waktu sambutan tersebut..kengkwn lain nga blja dlm kelas kowang wat keje lain plak

3. salah guner kelas iaitu menyepah2 kn air minuman,makanan tanpa kebenran...sekurang2 nyer bgtau guru kelas terbabit nk wat party...

4. membuat bising umpama budak kene histeria,hal ni yg menyebabkn mereka terkantoi (kalo timbul masalah saper yg susah??)

5.  jikalau berlaku aper2 kes spt kemalangan kecil pada mereka @ kelas dirosakkn saper yg akn bertanggung jwb????

6 .peraturan mmg xbenarkn pelajar wat party tanpa kebenaran (sy sendirik thn ni penah wat party kat skola utk sambutan besday budak...tp dgn kebenaran, & dikawal oleh sy sbg guru) jgn la pikir skola sajer2 nk gantung tanpe alasan kukuh (rujuk la post besday puteri...ok jek)


Enam pelajar digantung sekolah kerana majlis hari jadi

JEMPOL 18 Mei - Enam pelajar perempuan sebuah sekolah di Batu Kikir dekat sini dikatakan digantung sekolah sebanyak dua kali dalam bulan ini hanya kerana mengadakan majlis hari jadi salah seorang daripada mereka di sebuah kelas kosong.

Pihak sekolah dikatakan mendakwa enam pelajar perempuan itu menceroboh sebuah kelas kosong untuk mengadakan majlis itu pada pukul 4.30 petang, 6 Mei lalu selain mengadakannya tanpa kebenaran sekolah.

Berikutan itu, kesemua pelajar yang berusia 15 tahun itu dikenakan tindakan gantung sekolah pada 12 hingga 14 Mei lalu oleh pihak sekolah.

Namun, apabila pelajar itu kembali untuk meneruskan sesi pembelajaran, mereka sekali lagi dikejutkan dengan tindakan pihak sekolah yang dikatakan mengeluarkan sepucuk lagi surat penggantungan bermula semalam hingga esok.

Apa yang mendukacitakan ibu bapa pelajar terbabit, tindakan pihak sekolah dianggap keterlaluan dan tidak munasabah lebih-lebih lagi pelajar berkenaan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Seorang ibu pelajar terbabit, Sri Sheida Abdullah, 51, berkata, dia pergi ke sekolah berkenaan pada 12 Mei lalu untuk mendapatkan penjelasan.

''Malangnya, anak saya diarah pulang kerana digantung sekolah bermula 12 Mei hingga 14 Mei lalu. Oleh kerana tiada surat yang dikeluarkan pihak sekolah, saya pergi sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan dan pihak sekolah mendakwa telah menghantar surat pada 10 Mei lalu," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia terkejut apabila menerima sepucuk surat yang mengatakan anaknya digantung sekolah bermula semalam hingga esok.

''Apa masalahnya dengan pihak sekolah. Mereka menggantung persekolahan anak saya sampai dua kali atas kesalahan yang sama. Itu hukuman yang paling berat," katanya.

Seorang lagi ibu pelajar, Murti Mohsin, 46, berkata, dia tidak menduga hasrat anaknya untuk menyambut hari jadi bersama rakan-rakan berakhir dengan kisah malang itu.

''Hendak meraikan hari jadi pun kena gantung sekolah. Saya tidak faham kenapa pihak sekolah bertindak demikian," katanya.

Menurutnya, tindakan penggantungan itu akan memberi kesan berpanjangan kepada anaknya dan rakan-rakannya itu.

Murti berkata, biarpun anaknya itu bersalah atau melanggar peraturan sekolah, tindakan penggantungan itu bukan satu penyelesaian yang wajar.

''Saya harap selepas ini pihak sekolah tidak lagi mengeluarkan surat sedemikian hanya kerana mengadakan majlis hari jadi kecil-kecilan," ujarnya.

Dalam pada itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan daripada pengetua sekolah terbabit tidak berhasil apabila dia enggan mengulas mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Mohammad ketika dihubungi berkata, beliau mahu laporan mengenai perkara itu diserahkan kepadanya segera.

''Saya mahu pihak sekolah memberikan penjelasan dan saya minta penjaga usah bimbang. Selepas saya menerima laporan dan penjelasan dari pihak sekolah, kami akan ambil tindakan yang perlu.

''Biasanya hukuman sebegitu adalah untuk mendidik dan mengajar pelajar yang melakukan kesalahan, bagaimanapun kita mahu lihat sama ada ia relevan atau tidak,'' katanya.

(sedikit bingkisan : terima kasih la pada budak2 6 orang tu bersamer penjaga mereka kerana memberikan 'hadiah hari guru' yg cukup bermakna pada thn ni hasil titik peluh guru mendidik mereka selamer 3 tahun di situ....guru mendenda atas dasar mendidik...disalah ertikn....jikalau ibu bapa rase ank mereka baik teraniaya...didikla mereka sendirik...& jgn salahkn guru jikalau satu hari nnt ank mereka x jadik 'orang'...terima kasih anak2 murid)


Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails